Saturday, 1 March 2014

Recipe Trifle

Salam.. Entry kali ni khas utk cousin2 kesayangan saya 😍.
Selamat mencube yerr !

Amaran - resepi ni x sesuai utk org kencing manis. Sekian.

Bahan - bahan :




1) fruit cocktail - guna size besar.
2) sliced peach - terpulang la nak gune buah ape pon sebenarnye. Ikut citarasa masing2.
3) susu cair 1 tin
4) tepung kastad
5) kristal jelly jenama nona
6) swiss role cake - i gune perisa vanila with strawberry cream.

Cara-cara :
1)


Potong swiss role then susun kat dlm bekas. Bahan2 kat atas ni boleh buat 2 bekas pyrex mcm gambar atas tu.

2)


Buang air koktel buah tu then tabur buah sahaja di atas swiss role cake tu. Lepas tu letak tepi n sediakan kastad.

3)


1 tin susu + 1 tin air kosong (guna tin susu yg sama) + 3-4 sudu besar bird custard + 3-4 sudu besar gula. Kacau bagi hilang ketul2 tepung tu then panaskan atas dapur.



Kacau je. Gula x yah banyak2 sbb byk bende manis dah dlm bahan2 ni.



Kacau sampai pekat lebih kurang gambar kat atas tu. die jd mcm melekat kat sudu n tepi2 periuk n berkilat. Sile hati2 sebab panas.

4)


Tuang kastad tadi terus ke atas bekas yg kite dh prepare awal2 tadi.

5)


Susun buah peaches.
Then bancuh kristal jeli nona tu ikut instruction kat kotak tu and tuang je kat skali. Sejukkan!
Dah siap!

So jgn lupe 1 bekas tu hantar kat saya yer.. Tq

Xoxo

- Posted using BlogPress from iPhone

1 comment:

airinzairin said...

Bt la hntr kt umh nk rsa air tgn ibu mengandung lak kali ni. Nk mja2 la..