Thursday 25 February 2021

Batu Permataku..

 

with the surgeon - Mr Lukman. 1 week post op.

Salam..

Lama tak masuk blog ni. dekat 3 tahun. Selalu kalau masuk je blog ni maknanya mengandung. hahaha

this time bukan ya. Saya Tidak mengandung sekarang dan tidak plan nak mengandung lagi dah.

cukup lah 4 orang anak.. Alhamdulillah.

Blog kali ni just nak share about my recent operation untuk buang batu di pundi hempedu & pundi hempedu tu sekali. Bukan senang tau nak serah diri memandangkan i ni bukan lah org yg tahan sakit & berani sakit. tapi setelah di fikir2..dengan symptom2 yang semakin ketara etc.. gagahkan diri la jugak.

CHOLELITHIASIS

ni nama dalam medical term. Bahasa mudah : batu di dalam pundi hempedu.

Macam mana boleh kene ? x tahu. sesiapa pon boleh kene. tapi dari study katanya org perempuan la slalu kene. 5Fs : female , fertile, forty ,fat & fair.

Tapi org lelaki pon boleh je kene. 

My 1st symptom actually masa 2014. time tu 3-4 minggu selepas bersalin Sofea.

Ingatkan kene gastritis - which i x pernah kene pon sebelum tu. Tapi sakit die mcm nak MATEYY dalam 30 minit. Muntah & Berak pon x hilang sakit tu. Scary la. dah la kene malam..huhuhu nangess..

Next day lepas sakit tu pergi buat ultrasound abdomen..time tu la tahu ade batu2 kecil di hempedu.. macam pasir tapi lebih kurang 1/4 dalam hempedu tu.

Sejak dari tu, i just lebih berhati hati je dengan jenis makanan yg i ambil. Puasa xde masalah. Kalau makan makanan yg mcm petai, cempedak, nangka (ibu cakap makanan berangin) symptom tu datang la. 2-3 bulan sekali repeat scan - keje klinik kan. senang la.. makin lama memang makin cemerlang batu2 tu bertambah.

However, tahun ni walaupon i puasa, symptom2 perut x selesa..bloated & mcm nak gastric tu makin kerap. Latest scan mmg hampir penuh dah pon batu tu. hahaha 


 Husbandku dah lama dah ajak jumpe surgeon. Operate buang je die kata.. hmm senang die cakap. Finally this year serah diri la jugak.. sbb nak elak complication yg boleh sbbkan lebih complicated nak buang and sembuh. Also, lagi 3 bulan nak Ramadhan.. better cepat supaya by the time nak puasa tu harapnya dah sihat betul2. 

So we went to see Dr Luqman in Avisena Specialist Hospital. why? sbb hospital ni dekat dgn rumah & beranak 3 kali kat sini ok je service. When surgeon meets surgeon (surgical&ortho) .. kita angguk2 je la. Just inform, i taknak sakit tau. Siap offer i pca-morphine post op gitew.. hahaha.. - which for uncomplicated case like me, not necessary pon.

terpaksa rela..

Laparascopic Cholecystectomy

Ni nama operation yg i buat tu la.. Laparascopic tu maknanya operate guna alat mcm camera/scope. Ada beberapa cara la nak buang batu ni.. tp on my case yg ni la yg terbaeeekk.. 😑

ni hempedu

ni batu2 dalam hempedu

the batu2.. banyak kan

Die just tebuk lubang kt perut dalam 2cm  x 3 lubang untuk masukkan alat2 scope tu & 1 kat pusat. Luka kecik je. Cannot show here la kan. Anyway xde scar pon skarang.. Alhamdulillah. Luka yg kt pusat tu je lama sikit nak baik la.. actually wound ok, tp rasa mcm sakit2 and tegang2 tu yg lama sket.

I kene operate around 2pm pd 1/2/2021. Op done after about 30-40 minutes. Ni my 1st General anaesthesia experience ..given propofol. Dulu masa posting anest mcm takut je nak masukkan ubat ni kt patient. die kaler putih mcm pekat.. nampak mcm sakit bile masuk melalui iv drip line tu.. tp rupenye.. haha sejuk..dan terus lena x sedar ape..sampai la org kejut. Dah siap dah Doctor Suria.. operation dah siap.. hehehee  i think 6 hours lepas op i dah start bangun n jalan ke toilet. Husband tolong la..of course. Oh ya, since ni kan Covid19 season.. 1 org je boleh teman. Peneman & pesakit kene buat PCR test dulu sebelum admission. Peneman kene stay je dalam ward sama mcm pesakit.. kalau order food ke, org hantar makanan ke, ambil di lobby je or minta tolong staff hospital hantarkan. i nak cepat jalan sbb 1st, x sakit sangat la lepas op tu (makan pain killer siap2).. 2nd nak balik rumah cepat.. i need my kids. 

ni peneman saya.. covid negative. syok die pilih menu. i x lalu sbb takut ..hehe

ni ahli keluarga buat doa selamat versi online before op.. 💜

masuk kerja after 2weeks mc..on 10th anniversary

day2 post op. discharge home 💜

Now dah 3 weeks post operation. Alhamdulillah sihat2 saja. Makan ok.. puasa pon ok. Jogging x berani lagi. 

Terima kasih kepada semua yang wish & mendoakan saya ..maaf kalau saya tak reply satu per satu ya. I love u guys 😘

Till then, xoxo.